Saturday, February 20, 2010

Pengisian Rohani SSM,Tingkat 7

Sebahagian peserta menghayati ceramah
Peserta khusyuk menghayati ceramah dari YIT


Encik Fauzi (baju Putih) menghayati ceramah pengisian rohani

Kuala Terengganu 21 Februari
Satu ceramah pengisian rohani(Bahagian Dakwah YIT) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya Syarikat Malaysia,Tingkat 7,Menara YITR dengan tajuk ceramah:"Sifat amanah-melahirkan pekerja bertakwa) bagi pegawai dan kakitangan SSM bagi menjadikan kerja lebih berkesan.Ia mendapat sambutan dengan kehadiran peserta seramai 30 orang.


Ceramah JKR Elektrikal,K.Terengganu

Sebahagian peserta wanita yang mengikuti ceramah jemputan

Puan Ir Noriah(Kiri) sedang menghayati ceramah

Sebahagian dari peserta lelaki sedang menghayati ceramah jemputan.



Kuala Terengganu-17 Feb

Satu ceramah telah di adakan di Surau JKR Elektrikal,Kuala Terengganu.Ceramah yang disampaikan oleh penceramah bahagian Dakwah dengan tajuk"Anak Derhaka Menempah Neraka"bersesuai dengan gejala sosial di kalangan anak muda mudi masakini.Kehadiran peserta seramai 40 orang.Turut serta ialan Ketua Jurutera Elektrik Negeri Puan Ir.Noliah Binti Mohd Yamin.

Wednesday, February 17, 2010

Bengkel Manual Kerja dan Fail Meja







Setiu- 9 Februari 2010
Pengurusan Yayasan Islam Terengganu mengadakan bengkel Manual Prosedur Kerja(MPK) dan Fail Meja(FM)bertempat di Merang Suria Beach Resort,Setiu pada 9 Februari hingga 11 Februari 2010.Ia melibatkan 110 orang kakitangan tetap dan sementara dari Ibu Pejabat,daerah-daerah dan Tadika seluruh Negeri Terengganu.Ini termasuklah dari Unit Dakwah seramai 10 orang pegawai dan kakitangan ibu pejabat dan INSPI Kemaman dan PDI Hulu Terengganu.Tujuan kursus diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang MPK dan FM di peringkat jabatan dan individu supaya berfungsi dengan cekap dan berkesan.